Selamat Datang ke Halaman blog ini.. Ruangan ini bukanlah semata - mata menjual produk kecantikan; tetapi merupakan himpunan barangan kesihatan yang telah saya gunakan seterusnya menjadikan ianya sumber perniagaan.

"Business is sharing". Ini adalah konsep yang ingin saya terapkan di laman blog ini..

Harapan saya; anda menyukai laman blog ini dan lagu dibawah saya sediakan untuk menaikkan mood anda.(Sila klik Play)

Queen - I want to break free..

Queen - I want to break free .mp3
Found at bee mp3 search engine

Syampu Aqura

Memperkenalkan Syampu Tudung Aqura Pertama di Malaysia
Kuasa Karbon Aqura Syampu Tudung ini dirumus khas dengan Cecair Karbon sebagai salah satu bahan aktifnya.

Aqura merupakan jawapan untuk pelbagai cabaran yang dihadapi apabila rambut tertutup selama 8 jam atau lebih dalam sehari. Cabaran pertama merupakan kegatalan yang berulang. Keadaan ini mungkin mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Karbon, satu bahan yang sudah sekian lama terbukti kebolehannya, termasuk untuk menghapuskan bau.

Cecair karbon, sejenis asid pyroligenous, mengandungi lebih dari 200 jenis komponen, termasuk asid asetik, dan mengandungi kebolehan membasmi kuman yang berkesan. Cecair karbon juga mempunyai kesan anti-kulat. Karbon juga dapat menyerap kandungan klorin di dalam air, menjadikan rambut semakin licin.

Secara semulajadinya, Cecair Karbon merupakan bahan organik, tidak mengandungi bahan kimia dan berkebolehan bio-degradasi.

Syampu Tudung Aqura dirumus khas untuk wanita pemakai tudung. Dengan Cecair Karbon sebagai bahan utama, Syampu Tudung Aqura adalah jawapan untuk masalah kulit kepala. Karbon mencegah pembiakan bakteria seterusnya menghilangkan kegatalan dan bau.

Kelebihan Syampu Tudung Aqura :
  • Menghilangkan kegatalan dan bau rambut yang kurang menyenangkan
  • Menghapuskan kelemumur dan menyihatkan kulit kepala.
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Mengandungi aroma terapi dan memberikan keselesaan tubuh badan.
  • Menghilangkan sakit kepala dan migrain.